Tuesday, September 25, 2012

Koleksi Petua Untuk RESDUNG



Resdung yang anda alami mungkin berpunca daripada hama dan kotoran yang disedut melalui pernafasan. Akibatnya, hidung akan gatal dan anda mudah bersin.

Pilihan 1:
1. Sedikit akar terung kemar
2. sedikit akar mengkunyit
3. akar melur susun
4. akar melur biasa
5. Kemenyan
Caranya:
1. Asahkan semua bahan tersebut pada bahagian belakang pasu .
2. Kemudian sapukan sekeliling hidung terutamanya di waktu malam.

Pilihan 2:
a. Untuk mencegah resdung, elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab.

b. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
(Untuk hasil yang lebih baik, cuci sarung bantal, cadar dan selimut dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.)

c. Selalulah membersihkan karpet atau permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.

d. Jika anda ingin mengemas rumas, pakai penutup hidung.

e. Minum air suam atau mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.

f. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.

g. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), jangan makan makanan tersebut.

Pilihan 3:

a. Masukkan air ke dalam hidung anda dengan cara menyedut.

b. Seterusnya picit sebelah bahagian hidung anda dan hembus dengan kuat.

c. Lakukannya untuk kedua-dua bahagian hidung anda secara berulang kali.

d. Seterusnya basuh muka anda dengan air sebersih-bersihnya.

Pilihan 4:
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan menyedut air ke dalam hidung. Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana sahaja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Pilihan 5:

a. Hiris halus 3 biji bawang merah.

b. Ambil 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi.

c. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang sedang mendidih. Wapkan ke muka anda.

Pilihan 6:
Sesetengah orang menghadapi masalah bila bangun pagi selalu bersin yang sukar untuk diberhentikan. Maksudnya bersin tidak pernah berlaku sekali dua sahaja, sebaliknya beberapa kali hingga menimbulkan masalah pada anda. Untuk mengatasi masalah ini terlalu mudah iaitu dengan memasukkan air dingin (sejuk) kedalam hidung anda. Kemudian anda tumpahkan keluar semula. Ulangi beberapa kali nescaya bersin anda akan hilang.

Pilihan 7:
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

Pilihan 8:
Hiris 3 biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.

Pilihan 9:
Unuk resdung di muka, wapkan wajah dengan air rebusan jintan hitam.

Pilihan 10:
Akar bunga melur boleh dijadikan penawar resdung.Cabut pokoknya dan keringkan akarnya. Selepas itu, bakar dan hidu akarnya. Andag akan berasa pedas pada hidung semasa menghidu akar pokok bunga melur. Mata juga rasa pedih. Amalkan beberapa kali.

Pilihan 11:
Daun pisang kelat amat berguna bagi memulihkan penyakit resdung. Daun pisang kelat ini di katakan mempunyai khasiat yang boleh membunuh kuman serta memulihkan rongga pernafasan. Cara memproses untuk dijadikan ubat adalah dengan mengeringkan daun ini selama beberapa hari sebelum di jadikan rokok daun atau dipanggil rokok resdung. Asap yang disedut dari rokok itu masuk ke saluran pernafasan bagi membasmi segala kuman yang berada di dalam hidung.

Khasiat asap daun pisang kelat ini bukan sahaja membunuh kuman malah ia juga akan mengering dan memulihkan lapisan dalam hidung yang didapati rasa gatal atau berair. Walaupun baunya agak keras tetapi mujarab untuk penyakit jenis ini. Manakala mereka yang tidak merokok pula terdapat cara lain iaitu bakarkan daun pisang kelat itu ke dalam bekas dan tutup. Apabila api yang membakar daun itu mulai padam, anda buka penutupnya dan akan kelihatan asap-asap daun itu berkepul-kepul keluar. Sedutlah asap tersebut beberapa kali sehingga anda berasa lega.

Pilihan 12: Amalkan selalu mencium bunga daun bawang merah.

Pilihan13: Ambil 2 biji buah pinang yang sudah masak. Kemudian, ambil bahagian kulitnya sahaja. Potong dan hiris kulit buah pinang hingga keadaan bentuknya kelihatan seperti tembakau. Seterusnya, campurkan hirisan kulit pinang dengan sedikit serbuk kunyit. Akhir sekali, anda bakarkan campuran tersebut dan sedut asapnya.

Pilihan 14:
Menguruskan Resdung

a. Bagi anda yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop.

b. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan. Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan.

c. Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung.

d. Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air.

e. Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap.

f. Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya.

g. Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi.

h. Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan.

i. Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.

Petua Untuk Wajah Berseri-Seri

Petua Untuk Wajah Berseri-Seri

Menurut buku “Taoist Secrets of Healing”, banyak bukti yang menunjukkan kaitan antara aktiviti seksual yang harmoni dan awet muda. Seks yang mesra membangkitkan pengeluaran hormon yang bemutu tinggi. Kehadira
n hormon-hormon ini di dalam darah, akan melambatkan proses penuaan. Menurutnya, jika diperhatikan wanita yang berkahwin adalah lebih berseri-seri rupanya berbanding dengan wanita yang umurnya serupa tetapi belum berkahwin. Itulah tanda-tanda bahawa wanita yang berkahwin rasa puas dalam berkongsi cinta, jiwanya rasa terisi, gembira dan tenang.