Tuesday, September 25, 2012

Koleksi Petua Untuk RESDUNG



Resdung yang anda alami mungkin berpunca daripada hama dan kotoran yang disedut melalui pernafasan. Akibatnya, hidung akan gatal dan anda mudah bersin.

Pilihan 1:
1. Sedikit akar terung kemar
2. sedikit akar mengkunyit
3. akar melur susun
4. akar melur biasa
5. Kemenyan
Caranya:
1. Asahkan semua bahan tersebut pada bahagian belakang pasu .
2. Kemudian sapukan sekeliling hidung terutamanya di waktu malam.

Pilihan 2:
a. Untuk mencegah resdung, elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab.

b. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
(Untuk hasil yang lebih baik, cuci sarung bantal, cadar dan selimut dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.)

c. Selalulah membersihkan karpet atau permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.

d. Jika anda ingin mengemas rumas, pakai penutup hidung.

e. Minum air suam atau mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.

f. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.

g. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), jangan makan makanan tersebut.

Pilihan 3:

a. Masukkan air ke dalam hidung anda dengan cara menyedut.

b. Seterusnya picit sebelah bahagian hidung anda dan hembus dengan kuat.

c. Lakukannya untuk kedua-dua bahagian hidung anda secara berulang kali.

d. Seterusnya basuh muka anda dengan air sebersih-bersihnya.

Pilihan 4:
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan menyedut air ke dalam hidung. Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana sahaja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Pilihan 5:

a. Hiris halus 3 biji bawang merah.

b. Ambil 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi.

c. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang sedang mendidih. Wapkan ke muka anda.

Pilihan 6:
Sesetengah orang menghadapi masalah bila bangun pagi selalu bersin yang sukar untuk diberhentikan. Maksudnya bersin tidak pernah berlaku sekali dua sahaja, sebaliknya beberapa kali hingga menimbulkan masalah pada anda. Untuk mengatasi masalah ini terlalu mudah iaitu dengan memasukkan air dingin (sejuk) kedalam hidung anda. Kemudian anda tumpahkan keluar semula. Ulangi beberapa kali nescaya bersin anda akan hilang.

Pilihan 7:
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

Pilihan 8:
Hiris 3 biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.

Pilihan 9:
Unuk resdung di muka, wapkan wajah dengan air rebusan jintan hitam.

Pilihan 10:
Akar bunga melur boleh dijadikan penawar resdung.Cabut pokoknya dan keringkan akarnya. Selepas itu, bakar dan hidu akarnya. Andag akan berasa pedas pada hidung semasa menghidu akar pokok bunga melur. Mata juga rasa pedih. Amalkan beberapa kali.

Pilihan 11:
Daun pisang kelat amat berguna bagi memulihkan penyakit resdung. Daun pisang kelat ini di katakan mempunyai khasiat yang boleh membunuh kuman serta memulihkan rongga pernafasan. Cara memproses untuk dijadikan ubat adalah dengan mengeringkan daun ini selama beberapa hari sebelum di jadikan rokok daun atau dipanggil rokok resdung. Asap yang disedut dari rokok itu masuk ke saluran pernafasan bagi membasmi segala kuman yang berada di dalam hidung.

Khasiat asap daun pisang kelat ini bukan sahaja membunuh kuman malah ia juga akan mengering dan memulihkan lapisan dalam hidung yang didapati rasa gatal atau berair. Walaupun baunya agak keras tetapi mujarab untuk penyakit jenis ini. Manakala mereka yang tidak merokok pula terdapat cara lain iaitu bakarkan daun pisang kelat itu ke dalam bekas dan tutup. Apabila api yang membakar daun itu mulai padam, anda buka penutupnya dan akan kelihatan asap-asap daun itu berkepul-kepul keluar. Sedutlah asap tersebut beberapa kali sehingga anda berasa lega.

Pilihan 12: Amalkan selalu mencium bunga daun bawang merah.

Pilihan13: Ambil 2 biji buah pinang yang sudah masak. Kemudian, ambil bahagian kulitnya sahaja. Potong dan hiris kulit buah pinang hingga keadaan bentuknya kelihatan seperti tembakau. Seterusnya, campurkan hirisan kulit pinang dengan sedikit serbuk kunyit. Akhir sekali, anda bakarkan campuran tersebut dan sedut asapnya.

Pilihan 14:
Menguruskan Resdung

a. Bagi anda yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop.

b. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan. Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan.

c. Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung.

d. Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air.

e. Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap.

f. Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya.

g. Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi.

h. Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan.

i. Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.

Petua Untuk Wajah Berseri-Seri

Petua Untuk Wajah Berseri-Seri

Menurut buku “Taoist Secrets of Healing”, banyak bukti yang menunjukkan kaitan antara aktiviti seksual yang harmoni dan awet muda. Seks yang mesra membangkitkan pengeluaran hormon yang bemutu tinggi. Kehadira
n hormon-hormon ini di dalam darah, akan melambatkan proses penuaan. Menurutnya, jika diperhatikan wanita yang berkahwin adalah lebih berseri-seri rupanya berbanding dengan wanita yang umurnya serupa tetapi belum berkahwin. Itulah tanda-tanda bahawa wanita yang berkahwin rasa puas dalam berkongsi cinta, jiwanya rasa terisi, gembira dan tenang.

Petua Melayu Lama Untuk Memagar Rumah Dari Pencuri

Petua Melayu Lama Untuk Memagar Rumah Dari Pencuri

1.Baca Ayatul Kursi di sekeliling dalam rumah. Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada di dinding rumah.

2.Baca Ayatul Kursi berulangkali
di keliling setiap bilik dalam rumah kecuali tandas.

3.Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi. Jangan tutup seluruh pintu utama.

NOTA:
Kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama. Jadi, pintu utama sahaja kita perlu perhatikan. Kita tidak perlu tutup sehingga hujung pintu, nanti pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak.

Monday, September 24, 2012

Petua Untuk Merawat Gusi Berdarah



Pilihan 1: Ambil segelas air suam. Campur dengan ½ sudu teh garam. Kemudian berkumur. Lakukan setiap kali bangun tidur selama 3 hari berturut-turut. Gusi tidak akan berdarah lagi.

Pilihan 2: Rebus 2 helai daun bacang dan daun inai dalam periuk. Apabila mengelegak, campurkan sedikit asam gelugur dan garam. Biarkan seketika. Apabila suam, berkumurlah. Amalkan setiap pagi dan malam.

Petua Untuk Memikat Anak Dara


Mengenali seseorang adalah detik terindah dalam kehidupan manusia. Baik lelaki mahupun wanita, perasaan yang sama tetap wujud. Sifat ingin mengenali seterusnya menjalin hubungan yang serius adalah lumrah bagi semua orang. Asal namanya membabitkan ‘hati dan perasaan’, semuanya adalah sama. Namun adakalanya sebelum mengenali seseorang anda perlu tahu bila masa yang sesuai untuk mengenalinya. Malam? Siang? Pagi atau petang? Kadangkala kita hanya memikirkan waktu senggang kita sahaja tanpa bertanya adakah orang yang ingin kita hubungi itu juga berada dalam keadaan senggang?

Kadangkala, ia meletakkan kita berada dalam situasi serba salah. Tidak dihubungi, hati kita memberontak ingin mendengar suaranya. Bila dihubungi, takut kita menganggu dirinya yang sedang bekerja! Jadi percaturan bagaimana harus anda letakkan sebelum anda menghubunginya seterusnya menjalin hubungan yang lebih serius.

1. Cari masa yang sesuai - Kadangkala, secara tidak sengaja adalah ’saat yang paling indah dalam kehidupan manusia’. Ini adalah kerana adakalanya ketidaksengajaan itu adalah masa yang paling sesuai. Mengapa ia dikatakan begitu? ada ketikanya kita takut untuk menelefon seseorang kerana bimbang dia sedang sibuk atau sebagainya. Tanpa diduga, di pihak dirinya, dia sebenarnya sedang menunggu kita. Kalau masa yang kita telefon itu tepat, maka perbualan akan menjadi semakin rancak dan lebih menarik. Malah lebih banyak peribadinya akan dikenali. Tetapi harus diingat, pagi-pagi hari adalah waktu yang paling sibuk bagi kebanyakan mereka yang bekerja. Ia adalah permulaan waktu bekerja. Masa senggangnya boleh jadi memasuki waktu makan tengah hari. Paling baik, pada waktu malam kerana semua beban kerja sudah tiada.

2. Jangan buang masa - Ada masa, kita agak sukar untuk memulakan sesuatu perkenalan. Pelbagai perasaan melingkari di kepala. Adakah dia berminat untuk meneruskan perkenalan, sudahkah dia berpunya dan pelbagai pertanyaan lagi. Sebenarnya lagi lambat anda memulakan langkah perkenalan, anda semakin rugi. Ini kerana “kesungguhan” antara faktor serta daya penarik di mana mereka beranggapan bahawa anda benar-benar serius ingin menjalin satu hubungan baru dengan dirinya.

3. Lebih berkeyakinan - Tidak mencuba tidak tahu. Malah “makanan” tidak akan masuk ke dalam mulut, kalau kita tidak menyuapnya. Ini samalah dengan usaha. Kalau tanpanya, kita mungkin akan terus ketinggalan dan akhirnya orang yang kita minat itu akan diambil orang. Sebaiknya tingkatkan keyakinan diri kerana hanya orang yang berani sahaja akan berjaya mencapainya. Percayalah, dalam apa langkah sekalipun, keyakinan amat penting kerana ia adalah “pertahanan” terakhir dalam diri anda.

4. Anda perlu tahu apa yang anda lakukan - Hal ini sangat penting. Ada orang ingin mengenali seseorang hanya sekadar untuk suka-suka sahaja. Ada orang pula, ingin mencari jodoh dan mengharapnya berakhir di jinjang pelamin. Justeru itu, sebagai lelaki anda perlu tahu apa yang anda lakukan. Apa kehendak anda dan bagaimana ia harus diakhiri. Ada orang ingin berkenalan, sekadar ingin menambah koleksi “kekasih” atau bilangan teman wanita. Ada orang pula, hanya sekadar suka-suka. Sebagai lelaki, fokus kepada apa kehendak anda. Jangan hanya dicabar oleh kawan, maka anda berusaha memikat hati si wanita dan bila sudah dapat, anda ingin meninggalkannya. Ia nyata satu perbuatan yang tidak baik dan hanya menghancurkan hati serta perasaan orang lain sahaja.

5. Teruskan persahabatan - Sekali anda melangkah ke alam persahabatan atau perkenalan, teruskanlah ia sehingga ada sesuatu yang menghalang. Ingat, jangan sesekali berpatah balik hanya kerana ada perkara yang remeh. Ini hanya akan membuang masa anda dan juga dirinya. Malah ia juga tidak baik tentang soal hati. Apa pun, carilah masa yang paling sesuai untuk mengenali seseorang kerana bukan semua dapat menerima keadaan dengan sebegitu mudah.

Petua Untuk Mendapatkan Anak Perempuan


FAKTOR PERSETUBUHAN

1. Mula-mula anda perlu mengenali sperma X dan sperma Y. Telur/Ova yang dikeluarkan setiap bulan mengandungi chromosome X. Yang menentukan jantina adalah sperma yang berjaya mempersenyawakan ova yang telah dikeluarkan tersebut. Jika sperma X berjaya, maka jantinanya adalah perempuan dan jika sperma Y yang berjaya, maka jantinanya adalah lelaki.

2. Jika dibandingkan dengan sperma Y, sperma X adalah lebih besar saiznya dan bergerak agak pasif dan lambat, walaubagaimanapun ia boleh hidup lebih lama dan mampu bertahan dalam persekitaran yang berasid. Sperma Y pula lebih kecil, bergerak lebih pantas akan tetapi tidak mampu bertahan lama terutamanya dalam medium berasid.

3. Melihat pada sifat sperma X yang pertama, ianya bersaiz besar dan pergerakannya lebih lambat berbanding sperma Y. Oleh disebabkan itu, persetubuhan seelok-eloknya dilakukan 2-4 hari lebih awal daripada tarikh ovulasi dijangkakan berlaku dan elakkan persetubuhan semasa waktu ovulasi. Seandainya persetubuhan dilakukan pada hari ovulasi, sperma Y akan sampai lebih awal dan mempersenyawakan ova. Jikalau kita melakukan persetubuhan beberapa hari lebih awal, sperma Y telah mati, walaubagaimanapun sperma X masih mampu lagi bertahan dan dapat mempersenyawakan ova yang baru dikeluarkan itu.

4. Kedudukan penetrasi semasa ejakulasi dilakukan juga boleh memainkan peranan. Sekiranya penetrasi tidak begitu dalam semasa ejakulasi, sperma terpaksa melalui perjalanan yang lebih jauh dan ini memberikan sedikit kelebihan kepada sperma X kerana ia mampu tahan lebih lama jika perjalanannya lebih jauh. Penetrasi yang dalam serta ejakulasi yang sangat hampir ke pintu rahim akan membantu sperma Y agar sampai lebih awal ke ova kerana pergerakannya yang lebih pantas itu.

5. Melihat kepada sifat yang kedua, sperma X mampu bertahan lama dalam medium berasid. Mencuci di bahagian dalam faraj secara “vaginal douching” menggunakan air yang berasid seperti produk “Summer’s Eve-jenis Water and Vinegar” 30 minit sebelum persetubuhan juga dapat memberikan kelebihan pada sperma X kerana sperma Y tidak mampu bertahan lama dalam keadaan berasid.

FAKTOR PEMAKANAN

a. Faktor pemakanan secara teori juga boleh meningkatkan tahap keasidan didalam faraj, lebihkan makanan yang meningkatkan keasidan seperti jagung, oat,roti, nasi, spaghetti, macaroni, buah zaitun, plum, prune, pelbagai jenis kekacang seperti kacang soya, kacang kuda, kacang dhal, kacang merah, hasil tenusu seperti mentega, keju, aiskrim, mentega kacang, gajus, walnut, daging merah, sardin, kopi, minuman bergas, Coca-cola dan banyak lagi.

b. Anda juga perlu mengurangkan makanan yang meningkatkan kealkalian badan seperti sayur-sayuran seperti alfalfa, brocolli, kobis, kobis cina, saderi, timun, terung, bawang putih, salad, cendawan, bawang, bayam, labu, spirulina, keledek, tomato. Buah-buahan seperti epal, pisang, kelapa segar, buah kurma dan buah tin kering, tembikai, tembikai susu, pear, kismis, strawberry, buah-buahan sitrus, almond, buah berangan, rempah-ratus seperti rempah kari, kayu manis, halia, garam laut, herba-herba, jus buah-buahan, jus sayur-sayuran, air mineral dan banyak lagi. Walaupun buah-buahan sitrus berasa masam tetapi ia bertindak meningkatkan kealkalian badan.

Walau bagaimana pun, tidak perlu anda makan semuanya dari kategori makanan berasid. Cuma pastikan makanan yang diambil lebih daripada kategori berasid. Ini mungkin perlu sedikit penyesuaian dan anda perlu belajar makan makanan yang anda kurang gemari.

Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki

Petua Untuk Mendapat Anak Lelaki

1. Ketika bersetubuh pancutan mani hendaklah dibuat sebelah kanan isteri. Setelah itu ketika tidur, isteri mestilah dibaringkan ke kanan iaitu tangan kiri sebelah atas.

2. Sebelum bersetubuh, isteri mestilah membasuh alat kelamin dengan soda bikorbanat yang boleh didapati di kedai atau farmasi. Ini disebabkan soda bikarbonat beralkali. Benih lelaki (kromosom Y) lebih aktif di dalam situasi beralkali dan benih perempuan (kromosom X) lemah di dalamnya.

3. Isteri hendaklah mengelakkan makanan yang berasam dan berasid seperti jeruk, air limau atau oren. Digalakkan mengambil makanan laut.

Petua Menangani SAKA

Petua Menangani SAKA

•Syaitan adalah jin yang kafir dan ketua syaitan adalah Iblis.

•Kaedah mengubati gangguan atau membuang saka harus dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah haram.

•Saka yang dipelihara wanita digelar ‘pelesit’ dalam budaya Melayu manakala yang dipelihara lelaki digelar ‘hantu raya’. Hantu raya terdiri daripada jin berjenis Ifrit (golongan jahat).

•Antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi menghadapi gangguan saka dan makhluk halus adalah mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa panas apabila berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan.

•Jin yang tidak begitu kuat boleh ditangani dengan garam dan cuka.

•Dalam kebanyakan kes, antara barang tuannya yang dijaga saka tetapi dijual kepada orang lain termasuklah barang antik dan bersejarah malah ada juga hiasan berupa tulisan ayat al-Quran.

Petua Hilangkan Sakit Lutut

Petua Hilangkan Sakit Lutut

1. Amalkan makan sayur bendi yang telah dicelur. Ini kerana, lendir bendi boleh menambah cecair di dalam lutut.
2. Ambil beberapa helai daun pudina. Ramas bersama bancuhan bedak sejuk. Sapukan pada lutut dan balut untuk beberapa lama.

Petua Menghilangkan Panau di Muka

Petua Menghilangkan Panau di Muka

Pilihan 1: Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Amalkannya 3 kali sehari.

Pilihan 2: Tumbuk 2 helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.

Petua Untuk Menguatkan Badan

Petua Untuk Menguatkan Badan

Bahan-Bahannya:
1 biji telur ayam
1 sudu makan madu lebah
½ sudu makan air limau nipis
Parut kunyit dan ambil airnya
Ambil lada putih secukupnya

Cara-Caranya:
a. Masukkan telur ayam, air kunyit madu dan air limau nipis.
b. Masukkan lada putih secukupnya.
c. Minum 3 kali seminggu untuk LELAKI.
d. Minum 2 kali seminggu untuk WANITA.

Petua Merawat Sakit Tumit Kaki

Petua Merawat Sakit Tumit Kaki

Kebanyakan mereka yang sudah berusia, sering mengadu sakit pada bahagian tumit. Ia bukan sahaja menyukarkan anda berjalan tetapi juga apabila berdiri agak lama pada satu-satu tempat.

1.Sediakan lebih kurang satu kilogram garam kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kuali menggunakan api yang sederhana besar.

2.Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih.

3.Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu. Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan akan sembuh sepenuhnya.

Ubi Kayu - Ubat Sakit Gastrik

Ubi Kayu - Ubat Sakit Gastrik

Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.

Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.

Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit. Lakukan ini setiap hari selama 3 minggu atau sebulan.

Petua Merawat Angin Uluran

Petua Merawat Angin Uluran

Penyakit uluran atau angin yang berlebihan mungkin akan menyerang seseorang yang bertabiat suka makan atau minum bahan-bahan yang dianggap sejuk. Ini boleh menyebabkan angin berlebihan di dalam perut. Angin yang masuk ke dalam tubuh seseorang pada kebiasaannya diserap semula di dalam usus akibat pergerakan bahan-bahan makanan di dalam usus yang terlalu cepat. Angin inilah yang menyebabkan seseorang itu mengalami sakit perut memulas, sakit mencucuk bahagian pinggang, pening kepala dan sebagainya.

Sakit Uluran terbahagi kepada 4 jenis:

1. ULURAN ANGIN - Sakit ini sering dialami oleh kebanyakan lelaki. Ianya berpunca daripada angin berlebihan dalam usus. Angin ini akan naik ke bahagian kepala melalui belikat menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala. Sekiranya sakit ini tidak dikawal dan dibiarkan berpanjangan, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengidap sakit darah tinggi. Selain daripada itu angin sesat juga akan mengisi ruang-ruang kosong di bahagian sendi dan boleh menyebabkan sakit bengkak sendi.

2. ULURAN URAT - Sakit ini boleh menyebabkan urat bersimpul dan dikatakan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kekejangan urat. Sakit uluran urat juga boleh menyebabkan lemah syahwat.

3. ULURAN LENDIR - Sakit ini berpunca akibat amalan pemakanan yang tidak teratur menyebabkan pembentukan lendir dan lemak berhimpun di buah pinggang. Jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengidap sakit buah pinggang.

4. ULURAN DARAH - Ia juga dikenali sebagai sakit darah panas. Sakit ini boleh menyerang jika seseorang itu terlalu banyak berfikir. Darah panas akan naik ke kepala menyebabkan seseorang itu mengalami pening kepala.

Tanda-Tanda:
1. Muka pucat, lesu dan kurang bertenaga.
2. Tapak kaki menjadi sejuk pada siang atau malam hari.
3. Selalu mengalami sakit kepala.
4. Kerap kencing.
5. Kebas kaki dan tangan.
6. Sembelit.
7. Perut memulas serta mencucuk dibahagian pinggang apabila memakan atau meminum yang sejuk.

PETUA
1.Selalunya kaedah rawatan utama yang digunakan oleh orang-orang Melayu untuk merawat sakit sebegini adalah dengan cara mengurut.
2. Elakkan memakan atau meminum bahan-bahan yang sejuk.

Pilihan Petua Untuk Merawat Sengugut

Pilihan Petua Untuk Merawat Sengugut

Pilihan 1: Ambil 9 biji pinang tua, bakar tanpa minyak hingga menjadi arang. Kemudian tumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinang bakar dengan secawan air suam dan minum selama 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Pilihan 2: Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tersebut didahulukan dengan selawat.

Pilihan 3: Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang, semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Pilihan 4: Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam, seminggu sebelum haid.

Pilihan 5: Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.

Petua Untuk Mempercepatkan Penyembuhan Buasir

Petua Untuk Mempercepatkan
Penyembuhan Buasir


1. Elakkan sembelit. Makan diet yang mengandungi fiber yang tinggi, minum banyak air dan membuat senanam yang tetap walaupun hanya dengan berjalan. Anda juga boleh mendapatkan fiber tambahan atau pelembut najis.

2. Jangan tunggu ketika anda ingin membuang air besar dan cuba jangan meneran apabila membuang dan jangan berlengah-lengah ke bilik air.

3. Buat senaman kegel setiap hari. Ia dapat meningkatkan pengedaran di kawasan rectal dan menguatkan otot-otot di sekeliling anus, menguatkan otot-otot di vagina dan uretha mempercepatkan badan sembuh selepas bersalin.

4. Elakkan dari minum air tebu, memakan buah nenas dan kacang bendir.

Petua Merawat Bisa Lipan atau Lebah

Petua Merawat Bisa Lipan atau Lebah

Apabila seseorang disengat lipan atau lebah, kesakitannya bukan sahaja terasa di bahagian yang disengatnya, malah seluruh badan hingga ke rambut pun terasa sakitnya.

Untuk mengubati bisa sengatan itu, segeralah ambil biji asam jawa. Biji asam itu ditumbuk sampai halus, tempelkan pada bahagian yang disengat. Dalam beberapa saat sahaja, rasa sakit akan hilang.

Koleksi Petua Untuk Meredakan DEMAM

Koleksi Petua Untuk Meredakan DEMAM

Petua 1: Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Selepas itu sapukan air tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa itu kering di kepala. Anda akan dapati demam anda atau anak anda akan mulai reda. Lakukan sehingga benar-benar sembuh.

Petua 2: Ambil 3 helai daun sirih dan ramas ke dalam semangkuk air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan. Jaramkan ramuan ini pada kepala. Lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.

Petua 3: Ramaskan 5 helai daun bunga raya, 2 helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu hingga keluar lendir dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.

Petua 4: Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak 3 kali dan kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.

Petua 5: Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan ke seluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

Petua 6: Ambil lidah buaya (aloe vera) dicampur dengan daun setawar berserta gula batu sebesar ibu jari. Semua bahan tersebut ditumbuk hingga benar-benar hancur dan lumurkan pada kepala anak, bahagian tengkuk, bawah ketiak, celah kangkang, belakang badan dan tapak kaki.

Petua 7: a. Ambil segengam beras pulut dan digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan. Ambil sedikit beras pulut yang telah digoreng tadi dan campurkan dengan secawan air panas. b. Tunggu air tadi suam dan ditapis. Bolehlah beri bayi anda minum air tersebut. c. Lebihan beras tersebut boleh dibuat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas. Panas badan bayi anda pasti akan berkurangan.

Petua 8: Ramas daun durian belanda dalam air sehingga keluar lendir. Sapukan air durian belanda pada seluruh badan.

Petua 9: Ambil pegaga termasuk akarnya. Basuh dengan direndam dalam air garam untuk membunuh sebarang bacteria. Selepas itu kisar dan minumlah jusnya. Jika ingin rasa manis, tambahkan gula batu. Boleh diminum sejuk atau panas.

Petua 10: Ambil buah kembang semangkuk dan halwa kundur dan rendam lebih kurang 1/2 jam hingga 1jam di dalam air mineral/air putih. Airnya diminum untuk meredakan panas badan.

Petua 11: Ambil segenggam daun betik dan tumbuk hingga halus. Kemudian tapis airnya menggunakan sehelai kain bersih. Air pati daun betik itu hendaklah diminum. Dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya.

Petua 12: Ambil 7 helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan 3 ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan 2 kali sehari. Cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.

Petua Untuk Demam Kuning

Pilihan 1: Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam. Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

Pilihan 2:

a. Ambil seketul nila baju dan rendam di dalam air mandian anak anda. Setelah ia larut mandikanlah anak anda dengan air nila itu. Di samping itu, anda hendaklah juga menila lampinnya.

b. Jika anak anda mempunyai tanda-tanda awal penyakit kuning, rebus buah keranda atau daun belimbing. Mandikan bayi itu dengan air rebusan tersebut. Campurkan air tadi bersama air sejuk. Biarkan ia suam terlebih dahulu.

Petua Untuk Merawat Demam Campak

Pilihan 1:

a. Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat.

b. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan. Ulangi jika tidak mencukupi. Anda juga boleh campurkan sedikit air jika terlalu kering.

Pilihan 2:

1. Berikan segelas air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan dibacakan selawat 3 kali.

2. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndam semalaman, ditumbuk atau dikisar halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah.

3. Sapukan rata-rata di seluruh badan dan biarkan kering. Sapukan sekuarng-kurangnya 3 kali. Kesan campak berbintik hitam akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya.